Tuesday 8 January 2013

AKTIVITI KO-KURIKULUM & KELAS TAMBAHAN TING. 3 dan TING. 5

Aktiviti  perjumpaan  Ko-Kurikulum  dan  Kelas  Tambahan  Tingkatan  3  &  5
Perkara  di  atas  adalah  dirujuk.  

1.  Satu  aktiviti  perjumpaan  Ko-Kurikulum  kali  pertama  akan  diadakan  pada  hari  Sabtu,  bersamaan  dengan  12  Januari  2013.  Aktiviti  yang  bakal  dijalankan  adalah  seperti  pendafataran  Kelab,  Permainan  dan  Unit  Beruniform,  pelantikan  AJK  bagi  tahun  2013  dan  perbincangan  aktiviti  tahunan.

2.  Sehubungan  dengan  itu,  para  pelajar  SM  Stella  Maris  adalah  DIWAJIBKAN  untuk  hadir  pada  hari  tersebut.  

3.  Bagi  pelajar  Tingkatan  3  dan  5,  satu  kelas  tambahan  akan  dijalankan  pada  pukul  7.00  hingga  8.00  pagi  bertempat  di  kelas  mengikut  aras.  

Perjumpaan  Ko-Kurikulum  :  12  JANUARI  2013

Masa :  

7.45  pagi  ( Pelajar  Tingkatan  1,  2  dan  4  berkumpul  di  Dewan  Terbuka )
8.10 - 9.20 pagi ( Perjumpaan  Sukan  dan  Permainan )
9.20 - 9.50 pagi ( REHAT )
9.50 - 10.50 pagi ( Perjumpaan  Kelab  dan  Persatuan )
10.50 - 12.00  tengah  hari  (  Perjumpaan  Unit  Beruniform )

Kehadiran  adalah  DIWAJIBKAN.

Sekian,  terima  kasih  :)