♫ SEJARAH ♫


PENUBUHAN SM STELLA MARIS


             Sekolah Menengah Stella Maris telah dibuka pada bulan Januari 1968. Sekolah ini terletak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dengan meliputi kawasan seluas 1.78 ekar. Cadangan untuk penubuhan sebuah sekolah menengah mula mendapat perhatian apabila berlakunya perkembangan yang mengalakkan dengan pertambahan murid di Sekolah Rendah Stella Maris. Walaupun sekolah ini bukan bantuan penuh kerajaan, namun usaha gigih pihak pengurusan sekolah serta bantuan daripada orang ramai akhirnya dapat menubuhkan sebuah sekolah menengah. Pihak pengurusan sekolah telah menjadikan sebuah blok daripada sekolah rendah senagai permulaan dengan memiliki 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat dan sebuah blok tandas.
           
Sekolah ini juga hanya menerima kemasukkan pelajar-pelajar perempuan sahaja . Berdasarkan rekod pendaftaran pada tahun 1968, pengambilan pertama pelajar ke sekolah ini diterima masuk untuk memulakan sesi pengajian ialah seramai 31 orang murid dan hanya sehingga tingkatan 3 kerana kekurangan tenaga pengajar serta kemudahan fizikal yang lain. Murid yang lulus "Sabah Junior Examinitioan terpaksa berpindah ke Sekolah Menegah St Francis untuk meneruskan pengajian mereka.




PERKEMBANGAN SM STELLA MARIS

Sister Stella
(1968-1970)
(1978-1980)
Berasal dari Jamaica


 Pengetua pertama yang diberi kepercayaan serta tanggungjawab untuk menguruskan sekolah ialah Sr Mary Stella. Beliau telah berkhidmat antara tahun 1968 hingga 1971 dan dari tahun 1979 hingga 1981. Pada peringkat permulaan sekolah ini mempunyai satu kelas bagi setiap tingkatan iaitu dari tingkata 1 hingga tingkatan 3. Pada tahun 1970, dengan perkembangan yang mengalakkan sekolah ini telah membuka 2 kelas bagi setiap tingkatan.  Selain daripada itu, sebuah bilik Sains Am, sebuah bilik ERT telah diadakan. Dengan wujudnya perpustakaan di sekolah ini, maka satu jawantankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada lapan orang pengawas perpustakaan yang diketuai oleh Loretta Sensoi. Perkembangan bidang ko-kurikulum juga amat mengalakkan dengan tertubuhnya Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
            Pada bulan Januari 1971, SM Stella Maris mendapat seorang pengetua baru iaitu Sr Mary Aquinas. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1971 hingga 1978. Sr Mary Aquinas telah membawa beberapa pembaharuan kepada SM Stella Maris iaitu penubuhan Badan Pengawas Sekolah. Ketua Pengawas yang pertama ialah Teresa Lee Set Chun. Badan pengawas ini adalah dibawah bimbingan PuanMargaret Chin. Pengetua ini kemudiannya telah ditukarkan ke St Anne, Labuan sebagai pengetua dan tempatnya digantikan oleh Sr Mary Stella sehinggalah beliau bersara pada tahun 1981.

Sister  Aquinas
(1971-1978)
Berasal dari Sabah
 Pada tahun 1981, SM Stella Maris mendapat seorang lagi pengetua baru iaitu Sr Mary Alphonsus dan beliau merupakan pengetua ketiga yang berkhidmat di sekolah ini.Beliau berasal dari Singapura dan mula berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1981 hingga 1988. Pada tahun 1984, sekolah ini telah menerima seorang penolong pengetua iaitu Puan Anne Tien yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga pernah mengajar di SM St Joseph, Papar. Peningkatan jumlah pelajar yang semakain meningkat setiap tahun menyebabkan sekolah ini tidak mampu menampung kehadiran mereka. Oleh itu dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Sabah telah bercadang membina bangunan tambahan untuk SM Stella Maris.

Sister Alphonsus
(1981-1989)

Berasal dari Singapura
Pada bulan Februari 1986, pembinaan bangunan baru dimulakan dan murid sekolah terpaksa meminjam bangunan SM La Salle. Pada tahun 1987, bangunan baru 2 tingkat telah siap dibina yang mengandungi pertambahan 9 bilik darjah. Walau bagaimanpun pihak sekolah masih menghadapi kekurangan kelas terutama bilik makmal dan bilik ERT, maka pada bulan Oktober 1991 pembinaan bangunan tambahan dimulakan dan dapat disiapakn pada bulan Januari 1992. Bangunan baru satu tingkat ini mengandungi 2 bilik makmal sains, sebuah bilik kaunseling, sebuah bilik ERT dan sebuah bilik jahitan. Kos perbelanjaan seluruh bangunan ini telah dianggarkan melebihi setengah juta ringgit Malaysia.  


               Pada tahun 1987, dengan wujudnya bangunan tambahan bagi SM Stella Maris maka sekolah ini telah memulakan pengajian bagi tingkatan 4 dan 5 bagi aliran sastera sahaja. Oleh kerana sekolah ini sudah mempunyai tingkatan 5, maka jawatan Ketua Pengawas juga disandang dari kalangan mereka. Ketua Pengawas yang pertama dilantik ialah Easther Julius. Pada tahun 1988, bangunan asal SM Stella Maris didapati tidak selamat digunakan kerana mengalami keretakan yang berbahaya. Oleh itu kerja pembaikpulih dijalankan pada blok A(lama) dan murid-murid dipindahkan ke blok baru. Pada bulan Disember 1988 Sr Alphonsus telah bersara daripada jawatannya.


                  Pada bulan Jun 1989, Sm Stella Maris menerima seorang lagi pengetua baru iaitu Puan Wong Mee Kiong @ Pauline dan beliau merupakan pengetua yang keempat telah berkhidmat di sekolah ini. beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1989 hingga 1994. Sm Stella Maris juga menerima seorang penolong kanan baru iaitu Sr Germaine @ Apollonia M Angkangon dari daerah Tambunan . Pengalam Puan Wong Mee Kiong selaku guru kanan di SM La Salle telah banyak membantu meningkatkan kecemerlangan SM Stella Maris.


Puan Pauline Wong
Mee Khiong
(1989-1993)
Berasal dari Sarawak


 Pada bulan Jun 1989, PIBG SM Stella Maris ditubuhkan. Pada tahun yang sama SM Stella Maris telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah "The Guiding Star" dibawah kelolaan  Puan P.C.Poh. Pada tahun 1991 , En Lee Wah Ban selaku Penolong Kanan HEM telah memulakan pembentukan Parlimen sekolah bagi mengantikan Badan Pengawas Sekolah. Idea penubuhan Parlimen sekolah merupakan satu langkah berani untuk memilih majlis perwakilan pelajar berdasarkan amalan demokrasi. Ketua Menteri pertama di sandang oleh Imelda Ambrose manakala Ketua Pembangkang disandang oleh Irene George. Enrolmen murid berjumlah 646 manakala bilangan guru berjumlah 28 orang sahaja pada masa itu.


                  Pada tahun 1992, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SM Stella Maris telah mengadakan Jogathon dan Pasaria untuk membiayai pembelian komputer dan pemasangan interkom bagi setiap kelas. kelas komputer juga mula diperkenalkan kepada murid-murid dengan menawarkan kursus asas seperti Dos, Lotus, Printshop ,Dbase dan Wordstar.Puan Pengetua juga telah mengemaskinikan data pelajar dengan penggunaan komputer. Pada tahun 1994 dengan peningkatan jumlah pelajar yang mendadak menyebabkan SM Stella Maris mangalami satu perubahan lagi apabila sistem persekolah dua sesi dimulakan iaitu Tungkatan 1dan 2 pada sebelah petang dan Tingkatan 3, 4 dan 5 pada sebelah pagi. Pada tahun yang sama juga Puan Pauline ditukarkan ke SMK St Peter Telipok.


                   Pada bulan Mac 1994, SM Stella Maris menerima seorang lagi pengetua baru iaitu Puan Gan Lee Ping. Beliau merupakan pengetua yang kelima buat SM Stella Maris. Pengalaman beliau sebagai seorang pengetua di beberapa buah sekolah sebelum ini telah menanam semangat untuk menceriakan lagi SM Stella Maris sebagai salah sebuah sekolah terbaik didaerah Kota Kinabalu. Beliau telah banyak membuat pembaharuan dan perubahan demi menaikkan lagi imej sekolah ini. Pada tahun1994, bilik guru telah diperbesarkan dengan nisbah satu meja untuk seorang guru.Pada tahun yang sama juga Bilik Gerakan diwujudkan untuk memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan sekolah. Pada tahun 1995 semua bangunan SM Stella Maris telah dicat semula untuk menceriakan kawasan sekolah.





Puan Grace Gan Lee Ping
(1994- 2000)

Berasal  dari  Melaka


Pada tahun 1996, satu lagi pengubahsuaian berlaku apabila sebuah koridor dibina yang menghubungkan Blok A dan Blok B. Pada tahun yang sama juga, sebuah bilik khas dibina untuk dijadikan sebagai bilik sukan. Pihak PIBG telah menyumbangkan sebuah komputer dengan talian internet untuk pejabat Pengetua. Enrolmen pelajar pada tahun itu berjumlah 1230 dan bilangan guru 47 orang.



Pada tahun 1998, bilik guru telah dipasang dengan penghawa dingin demi menjaga kebajikan guru di sekolah ini. Pada tahun yang sama juga, Puan pengetua telah membaikpulih lantai dan siling setiap bilik darjah di Blok B demi keselesaan pelajar. Pada tahun 1999, perpustakaan telah diubahsuai dan dikemaskinikan untuk kemudahan pelajar.Seterusnya pada tahun tersebut, Laman Web SM Stella Maris telah dilancarkan pada 7 Oktober 1999 oleh pengerusi PIBG dan merupakan sejarah bagi sekolah SM Stella Maris. Pada tahun 2000, sebuah dewan terbuka telah dibina untuk kemudahan pelajar disekolah ini.






No comments:

Post a Comment