Program " Sentuhan Kasih, Seikhlas Hati" dan " Aman Palestin "
Pada tanggal 01 Februari sehingga 28 Februari, satu aktiviti telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Stella Maris bersempena dengan Bulan Bahasa dan Budi Bahasa. Program Sentuhan Kasih, Seikhlas Hati ini diadakan bertujuan untuk memupuk sikap saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan prihatin di dalam diri setiap pelajar sekolah ini.
Program Sentuhan Kasih, Seikhlas Hati merupakan program di mana para guru dan para pelajar telah bertungkus lumus mengumpulkan pakaian-pakaian terpakai dari rumah masing-masing dan dibawa ke sekolah untuk didermakan kepada golongan yang kurang berkemampuan, Anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua di sekitar Negeri Sabah.
Alhamdulillah dan syukur, sepanjang aktiviti ini dijalankan iaitu selama sebulan, sebanyak 4300 helai pakaian telah berjaya didermakan oleh para guru dan para pelajar dengan hati yang ikhlas.
Program Aman Palestin turut diadakan sepanjang bulan tersebut. Program ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap prihatin dan penyayang di kalangan para pelajar terhadap rakyat Palestin ( GAZA ) yang seperti mana kita semua tahu, sedang berada dalam peperangan.
Program Aman Palestin ini telah berjaya dijalankan dan sebanyak RM 2525.00 telah berjaya didermakan oleh para guru, ibu bapa dan para pelajar dengan seikhlas hati bagi meringankan beban rakyat di Negara Palestin.
Semoga dengan pelancaran program sebegini, para pelajar akan menjadi lebih prihatin terhadap masyarakat setempat dan luar tempat yang sememangnya kurang bernasib baik. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment